Muzium Zoologi Fakulti Sains dan Matematik diwujudkan bagi bertujuan menyampaikan pembelajaran zoologi dengan cara menyimpan, mempulihara dan mendokumentasikan koleksi secara sistematik bagi spesimen haiwan yang tidak ternilai daripada pelbagai ekosistem. Muzium Zoologi sering menjadi tumpuan bagi pelajar dan masyarakat pelbagai golongan untuk dijadikan pusat rujukan dan penyelidikan yang berminat dalam kajian haiwan. Di Muzium ini, pelbagai ilmu yang sangat luas diketengahkan termasuklah ekologi, biogeografi, etologi, entomologi, biodiversity dan taksonomi. Hampir kesemua haiwan yang ada di dalam Muzium ini diperolehi daripada Negeri Perak.
Servis
Mengadakan Bengkel dan Kursus berkaitan Taksidermi Haiwan
Menyediakan sokongan kepada aktiviti-aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran (Lawatan berpandu ke Muzium Zoologi)
Aktiviti
1.Bengkel hands-on Taksidermi Ikan 2022
2. Bengkel hands-on Taksidermi Burung 2023
2. Bengkel hands-on Taksidermi Mamalia 2024
4. Kerjasama Bersama pelajar National Child Development Research Center (NCDRC)