
BUKIT FRASER, 22 JUN 2025 – Seramai lebih 30 pelajar sekolah menengah dari seluruh Malaysia telah menyertai Program Kem Biodiversiti yang berlangsung di Bukit Fraser, Pahang, baru-baru ini. Program ini merupakan sebahagian daripada acara tahunan Fraser’s Hill International Bird Race yang dianjurkan oleh Persatuan Pencinta Alam Malaysia (MNS) dengan kerjasama Tourism Pahang. Turut terlibat dalam penganjuran program ini ialah Pusat Biodiversiti dan Konservasi (CeBEC) serta sekumpulan fasilitator yang terdiri daripada pelajar kelab Rakan Alam Sekitar (RAS) dan Persatuan Geografi (PERGEO), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Selain bertindak sebagai fasilitator, kumpulan pelajar UPSI ini turut berperanan sebagai sukarelawan sepanjang berlangsungnya Fraser’s Hill International Bird Race 2025.
FRASER’S HILL, 21–22 Jun 2025 – Seramai 30 orang pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) telah menyertai 35th Fraser’s Hill International Bird Race, sebuah acara tahunan bertaraf antarabangsa yang menghimpunkan peminat burung, pengkaji biodiversiti, dan aktivis pemuliharaan dari seluruh negara dan luar negara. Penyertaan ini melibatkan gabungan pelajar daripada Persatuan Geografi UPSI (PERGEO), Rakan Alam Sekitar (RAS), Fakulti Sains Kemanusiaan dan pelajar Jabatan Biologi, Fakulti Sains dan Matematik, UPSI.


TANJONG MALIM, 15 Januari 2025- Program Mission Terra: Pendidik Cakna, Biodiversiti Terpelihara telah dilancarkan di SMK Proton City dengan disertai seramai 98 orang pelajar. Program ini memfokuskan kesedaran dan tindakan praktikal dalam pemuliharaan biodiversiti melalui pendidikan inovatif dan aktiviti konservasi. Program Mission Terra ini telah bermula pada 15 Disember 2024 dan berakhir pada 18 Mei 2025.
Pulau Pinang, 26 April 2025 – Program Citizen Science 2.0: Eksplorasi Burung Pantai Hijrah & Ekosistem Tanah Lembap telah berjaya dianjurkan dengan penyertaan para guru Sains dan Biologi dari seluruh negeri Pulau Pinang. Program ini merupakan kolaborasi antara Shorebirds Peninsular Malaysia Project, Center of Biodiversity and Conservation (CeBEC), UPSI, Unit Nelayan Sungai Tembus, Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang, dan Pertubuhan Kelestarian Ekosistem Alam (NEST).


Tanjong Malim, 17 Januari 2025 – Pengalaman penulis selama lebih 30 tahun dalam pengecaman tumbuhan mendapati tren ilmu bidang ini semakin merudum sedangkan negara kita menduduki tempat ke 12 megabiodiversiti.
Penghapusan spesies tumbuhan kian menjadi-jadi akibat desakan pembangunan. Sebelum terlambat, usaha menguasai ilmu pengecaman tumbuhan perlulah diutamakan dalam agenda pembangunan.
Menyedari akan usia kebanyakan pakar dalam bidang ini semakin menuju usia persaraan, satu usaha perkongsian ilmu telah dilakukan oleh penulis kepada pelajar dan masyarakat setempat.
KEPALA BATAS, 10 Oktober 2024 – Seramai 40 peserta daripada pelbagai pemegang taruh antaranya kumpulan agensi kerajaan, akademia, pertubuhan bukan kerajaan, dan komuniti nelayan telah hadir menjayakan sebuah bengkel yang bertajuk “Sesi Libat Urus Bersama Pemegang Taruh Bagi Tinjauan dan Hala Tuju Pelan Pengurusan Tanah Lembap, Seberang Perai Utara, Pulau Pinang”.
Bengkel ini yang diadakan pada 10 Oktober 2024 di Bertam Resort, Kepala Batas, Pulau Pinang ini merupakan anjuran Majlis Bandaraya Seberang Perai, bersama rakan kolaborasi utama Universiti Pendidikan Sultan Idris, Shorebirds Peninsular Malaysia Project, dan Perhutanan Negeri Pulau Pinang.


Pulau Pinang, 17 Ogos 2024 – Seramai 32 orang guru terpilih dari tujuh negara dari Asia Tenggara (Malaysia, Brunei, Thailand, Lao PDR, Myanmar, Cambodia dan Indonesia) telah berkumpul di Penang Biosphere Hill Reserve, untuk mengambil bahagian dalam salah satu slot dalam sesi latihan yang telah dianjurkan oleh Regional Centre for Education in Science and Mathematics, Southeast Asia Ministers of Education Organization (SEAMEO RECSAM) dengan kerjasama Centre of Biodiversity and Conservation (CeBEC), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), serta disokong oleh The Habitat Foundation (THF).
Sesi latihan ini menggabungkan gambar digital sebagai alat komunikasi dan pendidikan, dengan matlamat untuk meningkatkan kesedaran tentang hak dan keadilan alam sekitar dalam pengajaran sains dan matematik.
Tapah, Perak: Kelab Rakan Alam Sekitar (RAS), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) menganjurkan program pendidikan alam sekitar melalui Program ‘One Planet to Share’ bersama murid sekolah Orang Asli di Sekolah Kebangsaan Batu 14, Tapah, Perak pada 6 Julai lalu.
Program berkonsepkan didik hibur ini ditaja oleh Suruhanjaya Kebangsaan Unesco Malaysia (SKUM) dan merupakan anjuran bersama Malaysia Association for Aerosol and Air Quality Research (MAAQR), dan Fakulti Sains dan Matematik (FSM), UPSI.


Pulau Pinang, 18 Mei 2024: Centre of Biodiversity and Conservation (CeBeC), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) telah bekerjasama dengan Regional Centre for Education in Science and Mathematics, Southeast Asia Ministers of Education Organization (SEAMEO RECSAM) dengan sokongan dari The Habitat Foundation (THF) untuk melaksanakan program dialog berasaskan fotografi dalam kursus latihan dalam perkhidmatan. Inisiatif ini mengumpulkan 42 guru dari sembilan negara serantau.
MPOGCF diwakili oleh Pengerusinya, Dato’ Haji Mad Zaidi Mohd Karli, dalam ucapannya menyatakan “kolaborasi bersama UPSI merupakan strategi penting dalam mendedahkan masyarakat tentang kelestarian industri kelapa sawit di Malaysia. Melalui inisiatif ini, bakal guru yang dilahirkan akan bertindak sebagai agen penyampai maklumat kepada generasi seterusnya.”
UPSI diwakili Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), Prof. Dr Suriani Abu Bakar, “kolaborasi ini adalah platform terbaik untuk memperkasakan pendidikan konservasi di Malaysia khususnya dalam landskap industri kelapa sawit.”


Tanjong Malim- Kelab Alam Sekitar (RAS), Fakulti Sains dan Matematik (FSM), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dengan sokongan dari Strengthening Human Rights and Peace Research and Education in ASEAN/Southeast Asia (SHAPE-SEA) telah menganjurkan webinar yang bertajuk “Webinar on the Environmentalism in Science Education from Local and International Perspectives”. Webinar ini telah melibatkan dua sesi iaitu pada 29 November 2023, 1500MYT-1610MYT dan 2 Disember 2023, 1000MYT-1110MYT. Bertujuan untuk mendedahkan tentang agenda pendidikan lestari yang berkaitan dengan alam sekitar di peringkat antarabangsa dan serantau, webinar ini merupakan titik mula bagi menggalakkan lebih banyak aktiviti yang kelestarian alam sekitar melalui amalan pendidikan secara lebih tersusun di Universiti Pendidikan Sultan Idris.
15 Mac, Tanjung Malim – Dalam mempelajari kepelbagaian biologi, mahasiswa kursus Essential Skills in Life Sciences (SBL1043), Jabatan Biologi, Fakulti Sains dan Matematik (FSM), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dengan kerjasama Pusat Transformasi Komuniti Universiti (UCTC) telah melaksanakan Program Living Lab of Essential Skills in Life Sciences pada 15 dan 16 Mac yang lalu di Edu-Forest UPSI, Sg. Dara, Behrang.
