objektif

CeBEC yang dicadangkan bertujuan untuk mencapai objektif-objektif berikut;

 

  • Untuk menjadi hub pendidikan dan kesedaran dalam bidang biodiversiti dan konservasi serta  berperanan sebagai perantara universiti dengan komuniti.

  • Untuk menjalankan aktiviti R&D dalam bidang biodiversiti dan konservasi.

  • Untuk membentuk beberapa pasukan pakar dalam bidang biodiversiti dan konservasi dari pelbagai disiplin bagi menjalankan aktiviti penyelidikan yang berinovasi.

  • Untuk mengumpulkan para penyelidik dari dalam dan luar UPSI bagi tujuan integrasi dan kolaborasi yang dapat memantapkan lagi proses dan kerja-kerja penyelidikan.

  • Untuk menjadi sebuah pusat kecemerlangan penyelidikan terulung dan sebagai rujukan dalam bidang biodiversiti dan konservasi di Malaysia dan di rantau Asia.